• Home
  • Media
  • Press Release

foodpanda bekerjasama bersama Penang Halal International untuk melancarkan E-Bazaar Ramadan

foodpanda membawakan juadah kegemaran Ramadan untuk penduduk di Pulau Pinang

Pulau Pinang, 17 April 2020 - foodpanda, peneraju platform makanan atas talian telah bekerjasama dengan Penang Halal International untuk melancarkan E-Bazaar Ramadan di negeri tersebut.Penang Halal International adalah anak syarikat kepada entiti negeri, Penang Development Corporation. Ketika Malaysia mahu semua terus kekal mengamalkan penjarakkan sosial yang kini memasuki fasa ketiga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), foodpanda juga ingin memastikan penduduk-penduduk di sekitar Pulau Pinang masih boleh memesan juadah-juadah kegemaran mereka sepanjang Ramadan, di samping membantu perniagaan pematuhan halal mendekati para pelanggan mereka.

Budaya berkunjung ke Bazaar Ramadhan telah menjadi satu tradisi yang sentiasa dinantikan oleh semua lebih-lebih lagi bila tibanya bulan Ramadan. Walau bagaimanapun, pada waktu sebegini, foodpanda ingin menggalakkan penduduk di Pulau Pinang untuk kekal berada di rumah dan menjaga diri di samping tetap berpeluang menikmati juadah-juadah Buka Puasa yang istimewa.

"Negeri Pulau Pinang bersama dengan Penang Halal International mengambil inisiatif untuk memberi sokongan buat para peniaga bekerjasama dengan pakar industri, di mana foodpanda akan membantu komuniti peniaga yang banyak bergantung pada bulan Ramadan dengan memberikan penyelesaian yang inovatif. Penduduk-penduduk di Pulau Pinang bakal disajikan dengan platform penghantaran servis khas dalam keadaan yang mencabar dan juga sepanjang tempoh PKP yang kini sedang berlangsung," kata YAB Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang.

"Sejajar dengan ‘Next Normal Penang Strategy' kami, saya juga berharap bahawa melalui platform foodpanda, kami dapat mendorong lebih banyak perniagaan Halal menggunakan peluang ini untuk merangkul sepenuhnya masa depan perniagaan dalam teknologi yang didorong oleh teknologi dunia," tambahnya

"Penang Halal International akan bekerjasama dengan foodpanda sebagai penggerak untuk mengendalikan perniagaan makanan sepanjang bulan Ramadan. Hasil daripada kerjasama dengan syarikat yang berpengalaman dalam penghantaran makanan seperti foodpanda, ini akan membantu mempromosikan misi Penang Halal International dalam "Kehidupan Halal & Toyyiban (Kebersihan)" di kalangan komuniti peniaga. Kerjasama ini bertujuan untuk membolehkan perniagaan-perniagaan di luar sana untuk terus kekal berniaga melalui bantuan penyelesaian digital." kata Y.B. Dato' Haji Abdul Halim Bin Haji Hussain, Penang Exco Perdagangan Dalam Negeri & Antarabangsa dan Pengerusi Penang Halal International.

"Kami amat berbesar hati kerana dapat berganding bahu dan bekerjasama bersama Penang Halal International untuk menghulurkan bantuan serta meringankan beban peniaga pematuhan. Negara kita kini berada dalam keadaan yang mencabar, tetapi dengan usaha dan kerjasama sebegini, saya percaya ini akan membuatkan kita lebih kuat dan cekal untuk masa hadapan," kata Sayantan Das, Pengarah Urusan, foodpanda Malaysia.

Pemilik-pemilik perniagaan pematuhan Halal berkaitan yang ingin bekerjasama bersama E-Bazaar Ramadhan foodpanda ini boleh mendaftar di SINI. (https://forms.gle/9MyRi3qnwtV88VLBA)

Kerjasama E-Bazaar Ramadhan foodpanda bersama Penang Halal International akan berlangsung pada awal Ramadhan ini. Para pelanggan boleh memilih swimlane khusus di dalam aplikasi foodpanda anda untuk menempah daripada pelbagai vendor tempatan.

- tamat -

Mengenai foodpanda:
foodpanda berazam membawa sajian kegemaran kepada penggemar makanan di seluruh dunia dari restoran tempatan terpilih. Sejak penubuhannya, permintaan bagi perkhidmatan penghantaran makanan telah meningkat kepada lebih 100,000 rakan restoran di lebih 325 bandar raya merentasi 13 negara di Asia serta Eropah Tengah. foodpanda aktif di Bangladesh, Cambodia, Hong Kong, Laos, Malaysia, Myanmar, Pakistan, Philippines, Singapore, Taiwan, Thailand, Romania dan Bulgaria. Ia dimiliki oleh Delivery Hero, sebuah peneraju industri penghantaran makanan di dunia. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.foodpanda.com

Mengenai Delivery Hero:
Delivery Hero merupakan peneraju industri penghantaran makanan dunia kedudukan pertama dalam pasaran dari segi restoran, tempahan dan pengguna aktif di 40 negara seluruh dunia khususnya di Eropah, negara-negara Timur Tengan & Afrika Utara (MENA), Amerika Latin dan rantau Asia Pasifik. Delivery Hero juga menjalankan perkhidmatan penghantarannya sendiri di sebanyak 200+ kawasan bandar berindensiti tinggi di seluruh dunia. Syarikat ini beribu pejabat di Berlin, Jerman dan mempunyai lebih 21,000 kakitangan. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.deliveryhero.com.

Mengenai Penang Halal International
PHI adalah sebuah anak syarikat kepada Penang Development Corporation yang di bawah Kerajaan Negeri Pulau Pinang. PHI ditubuhkan untuk meningkatkan dan memajukani perniagaan yang terlibat dalam aktiviti berkaitan dengan Halal dan Toyyiban (Kebersihan) di negeri Pulau Pinang. Ia mempunyai pelbagai inisiatif, projeks dan kerjasama dengan agensi dan institusi di seluruh dunia yang terlibat dalam aktiviti perniagaan yang menerapkan gaya hidup halal

For more information, please contact:
Lisa Santa Maria - PR Manager
E: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Atiqah Mohamad Zaini - PR Executive
E: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Penang Halal International's Contact
Firdawati Ahmad Fuad - Corporate Affairs
E: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
T: +604 262 5444